Tuesday 14 August 2012

Gelombang Hidup Kini


People tend to be good on their own ways without realize that they had cross the lines. Sebetulnya tatkala melihat orang di sekeliling yang semakin bertambah baik sesuai dengan menginjaknya usia maka saya bersyukur kerana ternyata ALLAH memilih mereka untuk menjadi insan yang hebat! Alhamdulillah, sedangkan saya sendiri masih lagi di awangan. Bukan berangan tapi masih lagi mencari-cari erti kehidupan yang diinginkan...

Namun, kekeliruan timbul apabila saya melihat dari suatu sudut bahawa mereka terlalu mengejar dunia hingga ramai yang tersasar.Betul!! Kita mahu jadi hebat!! Tapi hebat di pandangan manusia tidak akan membawa kita ke satu lembah keseronokkan di akhirat kelak. Hebat di pandangan ALLAH jualah yang menemukan kita dalam syurga yang kekal abadi. 

Hebatkah kita jika menggenggam bergulung ijazah tapi akhlak merudum runtuh ? Hebatkah kita jika mempunyai pasangan hidup yang serba serbinya sempurna tanpa ikatan yang sah ? Hebatkah kita dalam menggayakan pakaian yang terbaru dan berjenama sedangkan pakaian untuk solat lama tidak disarung ke tubuh bagi menghadap ALLAH Ya Jalil ? Hebatkah kita mempertontonkan aurat di hadapan khalayak yang kononnya mengikut trend terkini sedangkan tanpa sedar sedang mengundang murka ALLAH S.W.T. ? dan hebatkah kita jika mempunyai perancangan yang cukup rapi untuk berjaya dalam hidup di dunia lantas perancangan akhirat dibiar sepi ?

Tidaklah kata-kata saya ini menunjukkan saya lebih baik dari kamu melainkan kata-kata ini timbul dari buah fikiran hamba yang hina lagi cetek ilmunya.. Tapi, sumbangan buah fikiran ini diluahkan selagi mana hidayah dan rahmat ALLAH masih mewarnai perjalanan hidup ini. Jika ALLAH menarik kembali hidayahnya mungkin sahaja saya akan menjadi sama seperti kamu atau lebih teruk dari itu.  Jika itu berlaku, na'uzubillah! Dan saya perlukan kamu untuk tegur dan ingatkan  saya kembali seperti apa yang saya lakukan untuk kamu pada ketika kamu membaca post ini.










              Wassalam.