People tend to be good on their
own ways without realize that they had cross the lines. Sebetulnya tatkala
melihat orang di sekeliling yang semakin bertambah baik sesuai dengan
menginjaknya usia maka saya bersyukur kerana ternyata ALLAH memilih mereka untuk
menjadi insan yang hebat! Alhamdulillah, sedangkan saya sendiri masih lagi di
awangan. Bukan berangan tapi masih lagi mencari-cari erti kehidupan yang
diinginkan...
Namun, kekeliruan timbul apabila
saya melihat dari suatu sudut bahawa mereka terlalu mengejar dunia hingga ramai
yang tersasar.Betul!! Kita mahu jadi hebat!! Tapi hebat di pandangan manusia
tidak akan membawa kita ke satu lembah keseronokkan di akhirat kelak. Hebat di
pandangan ALLAH jualah yang menemukan kita dalam syurga yang kekal abadi.
Hebatkah kita jika menggenggam bergulung ijazah tapi akhlak merudum runtuh ?
Hebatkah kita jika mempunyai pasangan hidup yang serba serbinya sempurna tanpa
ikatan yang sah ? Hebatkah kita dalam menggayakan pakaian yang terbaru dan
berjenama sedangkan pakaian untuk solat lama tidak disarung ke tubuh bagi
menghadap ALLAH Ya Jalil ? Hebatkah kita mempertontonkan aurat di hadapan
khalayak yang kononnya mengikut trend terkini sedangkan tanpa sedar sedang
mengundang murka ALLAH S.W.T. ? dan hebatkah kita jika mempunyai perancangan
yang cukup rapi untuk berjaya dalam hidup di dunia lantas perancangan akhirat
dibiar sepi ?
Tidaklah kata-kata saya ini menunjukkan saya
lebih baik dari kamu melainkan kata-kata ini timbul dari buah fikiran hamba
yang hina lagi cetek ilmunya.. Tapi, sumbangan buah fikiran ini diluahkan
selagi mana hidayah dan rahmat ALLAH masih mewarnai perjalanan hidup ini. Jika
ALLAH menarik kembali hidayahnya mungkin sahaja saya akan menjadi sama seperti
kamu atau lebih teruk dari itu. Jika
itu berlaku, na'uzubillah! Dan saya perlukan kamu untuk tegur dan ingatkan saya kembali seperti apa yang saya lakukan
untuk kamu pada ketika kamu membaca post ini.