Firman Allah S.W.T :
" Sesungguhnya bangun (mengerjakan solat) di malam hari itu lebih memperkuat (jiwa) dan betul bacaannya"
( Surah Al-Muzammil, ayat 6 )
Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
" Solat yang terutama selepas solat fardhu ialah solat di waktu malam (qiamullail) "
-dirawikan oleh Muslim dari Abu Hurairah-
Ketahuilah bahawa bangun malam itu adalah sukar bagi manusia, kecuali orang-orang yang telah mendapat taufiq dan hidayah daripada Ya-Rabb. Sesungguhnya aku tidaklah masuk ke dalam syurga dan amalanku sedikit sahaja melainkan dengan izin dan rahmat Allah S.W.T. Kadangkala terdetik di hati ini mengapa begitu sukar untuk aku mengerjakan qiamullail ? Mungkin juga disebabkan dosa dan maksiat yang dilakukan saban hari tanpa bertaubat sedikit pun. Namun hidup ini perlukan perubahan walaupun sedikit, supaya hari ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada semalam. Semoga aku beroleh kekuatan untuk bermunajat pada-Nya...
No comments:
Post a Comment